Tuesday, August 29, 2006

Penjelajahan Kehidupan


Penjelajahan

Biarkan anak kita jadi arkitek.
Jika ada kemahuan untuk mereka,
biar yang dibina jadi sempurna.
Biarkan mereka cuba mencakar langit,
menggenggam awan,
mencapai bulan.

Biar mereka jadi angkasawan,
mengejar sinar bintang impian,
menerokai angkasa mimpi,
mencari kemungkinan
biarpun ia tidak menjaminkan
ketenangan akal, hati atau perasaan.

Jika ingin terus jejak di bumi nyata,
memang kolong-kolong blok tidak jauh dari tanah
di tengah-tengah hutan belantara batu dan besi,
jika bertani hasilnya hanya buat dijual beli.
Namun minda dan jiwa masih tetap hendak terbang
walaupun keinginan dihalang orang.

Orang kita yang dikatakan keturunan pelayar
yang telah menjelajah tiga lautan,
samudra ilmu lautan keempat,
jangan dihindar pelayaran anak kita.
Biarkan mereka melongsor arus pengetahuan,
berenang dan menyelam ke dasar makna
mencari pemahaman
erti kehidupan.

Wednesday, August 09, 2006

Di Alam Pembelajaran



Semasa di alam persekolahan,saya belajar di kelas 2A di Sekolah Menengah Tuanku Besar Tampin di Negeri Sembilan




Tahun 1982,saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar.Seronok Sungguh!!Di sinilah saya belajar hidup sendiri.



Semasa minggu orientasi majlis gotong royong.
Sedang membersihkan kantin.





Tahun 1986 saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia.Profesor Fauzi Basri yang telah memberi peluang kepada saya.Saya masih teringat kata-katanya " Kita mesti cari ilmu,mesti bangunkan diri,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara".Yes Sir!! Saya masuk PALAPES UUM!!




Majlis Ikrar pelajar baru UUM 1986.








Menjadi johan acara pistol PALAPES ANTARA UNIVERSITI (1986 )








Mengikuti majlis makan beradab bersama pegawai-pegawai muda PALAPES UUM






Mengikuti rombongan pergi menjelajah Sarawak,Sabah dan Brunei bersama-bersama rakan kelab kerjaya UUM

Tuesday, August 01, 2006

Kehidupan Saya Di Alam Remaja

Sewaktu remaja,saya menunggang basikal ke sekolah,sejauh 3 kilometer..dan balik juga sejauh 3 kilometer..tetapi tidak meletihkan,bahkan merasa seronok..maklumlah..remaja...bersama kawan-kawan,hilang letih semua.....


Gambar bersama emak dan
adik beradik sekitar tahun 1968

Saya bersekolah waktu petang..jadi banyak masa lapang di waktu pagi..Jadi,pergilah mencari kerja..saya mengambil upah menjual surat khabar di KEM PPK Tampin (sekarang Pusat Serenti Tampin )....dapatlah satu sen sehelai surat khabar..bagi saya sudah memadai kerana satu hari boleh mendapat sehingga lima puluh sen....semuanya untuk belanja ke sekolah ke esokkan harinya...syukur alhamdulillah,hidup juga saya...


**Zaman Kanak-Kanak**

Sejarah Kehidupan Saya

Kita mulai dengan kehidupan saya sebagai seorang kanak-kanak






Semasa Tadika
St Mary Kindergarden (1970)














Semasa berusia 12 tahun
Sekolah Kebangsaan Tampin







Dimulakan cerita,bapa saya meninggal dunia pada tahun 1970,saya hidup bersama emak yang pada masa itu hanya berumur 33 tahun dan perlu menjaga 6 orang anak yang masih kecil.

Emak menyara hidup melalui peninggalan harta ayah dan berkerja keras untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh pakaian serta menjaga anak-anak jiran.

hidup kami sederhana tetapi bahagia..saya masih ingat ketika kecil..saya bersekolah di waktu pagi dan mengambil upah membasuh botol kicap untuk mendapatkan sejumlah wang tiga puluh sen untuk belanja sekolah keesokan harinya...